Profil Syarikat

Syarikat ETTIJAR ENTERPRISE SDN BHD syarikat utama bagi ETTIJAR ENTERPRISE yang mana merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal Bumiputra yang diasaskan pada tahun 2009 dan didaftarkan di Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan ibu pejabat berpusat di Setapak, Kuala Lumpur.

PEMBENTUKAN syarikat ini terdorong ke arah penyediaan keperluan pelanggan-pelanggan terhadap bekalan barangan alatulis, hadiah dan cenderamata, mesin-mesin pejabat, pakaian dan peralatan sukan, alat bantuan mengajar peralatan pencucian dan pembersihan, pakaian dan kelengkapan, uniform-uniform, peralatan dan kelengkapan perubatan, ubat tidak berjadual dan pekakas perubatan pakai buang.

SYARIKAT INI BERPENGALAMAN membekalkan barangan seperti yang disebutkan ke Jabatan-Jabatan Kerajaan dan hospital-hospital seluruh Malaysia semenjak syarikat ini ditubuhkan sebelum ini. Sehingga kini, institusi-institusi tersebut masih lagi menjadi pelanggan tetap kami dan kami menawarkan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

(KASUT KESIHATAN) Syarikat kami merupakan pembuat bagi kasut kesihatan berjenama MEDSHOE dan NURZE by MEDSHOE yang mana rekabentuk dan teknologi di hasilkan dari U.S.A dan di pasangkan dan disempurnakan di kilang di China dan Malaysia.

 

VISI

Perniagaan ETTIJAR ENTERPRISE bercita-cita untuk bersaing secara kompetitif dalam pasaran bekalan barangan alatulis, hadiah dan cenderamata , mesin-mesin pejabat, pakaian dan peralatan sukan, alat bantuan mengajar peralatan pencucian dan pembersihan, pakaian dan kelengkapan, peralatan dan kelengkapan perubatan, ubat tidak berjadual dan pekakas perubatan pakai buang dengan menawarkan produk-produk yang berinovatif, praktikal, kos-efektif serta mempunyai kualiti yang superior.

MISI

Perniagaan ETTIJAR ENTERPRISE akan sentiasa memantaukan dan mengikuti perkembangan pasaran barangan alatulis, hadiah dan cenderamata , mesin-mesin pejabat, pakaian dan peralatan sukan, alat bantuan mengajar peralatan pencucian dan pembersihan, pakaian dan kelengkapan, peralatan dan kelengkapan perubatan, ubat tidak berjadual dan pekakas perubatan pakai buang bagi mencari peluang penambahbaikkan khasnya demi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan-pelanggan.

Realisasi dan kejayaan visi serta misi perniagaan boleh diperolehi melalui:

  • Tawaran produk-produk baru yang inovatif serta berkualiti.
  • Tawaran produk-produk yang praktikal untuk kegunaan pelanggan.
  • Beberapa pendekatan efektif untuk menjalinkan hubungan dua hala antara pelanggan demi menjaga hubungan perniagaan yang berjalan lancar.